Loading
00
Asas CI
Asas Adaptasi
Tahun: 2022
Asas Perubahan: Diperhalusi semula
Proses adaptasi jenama PUNB telah diberi sentuhan baharu, selaras dengan peredaran masa dan teknologi. Perubahan terbaharu melibatkan penilaian semula ruang, aturan, saiz, bahan dan medium yang digunakan.

Aturan ini memberi identiti baharu untuk PUNB yang lebih "adaptive" dengan perubahan masa.
Single Image
Single Image

PERATURAN PENGGUNAAN JENAMA

A. Asas Utama Logo

ATURAN 1:
Kedudukan logo mestilah berada di bahagian atas dan lebih tinggi dari apa-apa elemen sokongan lain, termasuk tulisan. Rujuk posisi kedudukan logo dicadangkan dibahagian pengunaan Media cetak, Fizikal dan Digital.


B. Logo Warna Penuh

ATURAN 2:
Dalam setiap keadaan, utamakan penggunaan logo dengan warna penuh jika memenuhi kriteria latar (putih atau cerah).


C. Logo Warna Putih (Reversed)

ATURAN 3:
Logo dalam warna putih (reversed) hanya boleh digunakan ke atas latar satu warna (salah satu warna korporat atau lain-lain warna seperti campuran warna "gradient") atau latar warna gelap atau latar warna yang pelbagai (gambar).

Logo jenis ini juga boleh digunakan berdasarkan kreativiti.


D. Logo Warna Hitam

ATURAN 4:
Logo berwarna hitam dibenarkan untuk dokumen hitam putih sahaja. Sila rujuk bentuk dan format untuk logo ini bahagian Asas Logo.


E. Logo Tiga Dimensi (3D)

ATURAN 5:
Logo tiga dimensi hanya boleh digunakan dalam warna penuh sahaja. Pengunaan tidak terhad kepada Papan Tanda sahaja, tetapi juga boleh diolah dalam bentuk 3D dalam pembuatan video atau animasi.

Single Image
Single Image


Single Image
Single Image

MATLAMAT

Proses adaptasi jenama memerlukan ketelitian bagi memelihara tahap nilai tampak (visibility) dan kontras sentiasa berada pada tahap maksimum.