Sifat geomatrik dan keseimbangan logo telah dinilai semula untuk menampilkan bentuk dan visual yang tepat dengan disiplin rekaan grafik yang betul.
Antaranya ialah menetapkan garis asas dan pembahagian ruang yang "symmectrical" serta meringkaskan bentuk visual tanpa menggunakan garis luar untuk "logotype". (Penggunaan garis luar telah memberikan persepsi rekaan bentuk lama walau apa pun matlamatnya). Trend dalam era digital dan masa hadapan adalah berlandaskan "frameless", "borderless" dan ringkas.
Rasional Pembaharuan untuk huruf PUNB tanpa Garis Luar
Menggambarkan sifat PUNB yang lebih terbuka dan "adaptive" dengan cara dan idea keusahawanan terkini dan masa depan. Ini termasuk pembaharuan dalam cara perniagaan berasaskan penggunaan teknologi dan digital bagi meneroka peluang baharu perniagaan serta cara baharu pengurusan perniagaan, tanpa mengubah asas dan struktur asal yang telah dibentuk oleh PUNB sejak penubuhannya (bentuk asal huruf PUNB masih dikekalkan).
Warna Korporat
Pengunaan warna melibatkan penghasilan imej khas kepada PUNB atau dikenali sebagai warna korporat. Terhasil dari pemilihan warna untuk logo sebagai pemuka untuk sebarang aktiviti penjenamaan.
Pengekalan warna-warna asal pada logo adalah demi menjaga integriti dan kesinambungan penyampaian jenama PUNB, bergantung kepada medium yang digunakan.
Antara format warna yang biasa digunakan ialah:
• PANTONE - kod asas kepada rujukan warna
• CMYK - Cyan, Magenta, Yellow, Black (Percetakan Off-set)
• RGB - Red, Green, Blue (Digital)
• HEX (kod warna dalam pengaturcara laman web)
