A. Kenderaan Rasmi
Sangat penting dalam promosi jenama dan perkhidmatan kerana kenderaan akan bergerak merentasi kumpulan sasaran.
B. Papan Tanda
Rekabentuk papan tanda direka untuk memberikan satu format baharu dalam penjualan jenama. Hanya logo PUNB sahaja digunakan yang memberikan satu kelebihan kepada kumpulan sasaran untuk sentiasa ingat hanya - PUNB.
Logo dengan warna penuh diposisi kanan dibina dalam bentuk 3D (box-up) dengan pencahayaan lampu LED dibahagian dalam.
C. Kaunter Penyambut Tetamu
Berkonsep moden kontemporari, kaunter ini menampilkan bentuk yang ringkas dengan memberi tumpuan kepada fungsi sebagai "Pandangan Pertama" terhadap PUNB.
Logo dengan warna penuh berada ditengah-tengah dibina dalam bentuk 3D (box-up) dengan pencahayaan lampu LED dibahagian dalam.
